MySpace Layouts
MySpaceLayouts

Khamis, 1 Julai 2010

Penanda Wacana

Penanda wacana

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat. Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.

 Contoh

Kata penghubung
  • -tetapi -lalu -jika
  • -serta -agar -supaya
  • -sungguhpun -kerana -walaupun
Penambahan
  • -dan -sebenarnya -juga
  • -sekali lagi -bertitik tolak -hal ini
  • -tambah lagi -lebih-lebih lagi -selain juga
Perbandingan/ Perbezaan
  • -tetapi -dalam nada yang berbeza -selain itu
  • -walaupun -sehubungan dengan - sebagaimana
  • -sebaliknya -jika dibandingkan dengan -sama dengan
  • -berbeza dengan -walau bagaimana sekalipun -selari dengan
  • -walau bagaimanapun -setelah dibandingkan dengan -namun demikian
Turutan
  • -pertamanya -akhirnya -selain itu
  • -keduanya -seterusnya -pertama sekali
  • -selepas itu -lebih awal dari itu -lebih penting lagi
Contoh
  • -contohnya -biar kita ambil contoh -khususnya
  • -misalnya -mari kita mengambil contoh -terutamanya
  • -umpamanya -apa yang dimaksudkan -seperti
Masa
  • -akhirnya -pada masa yang sama -sesekali
  • -dewasa ini -pada ketika itu -sebelum ini
  • -selepas itu -pada mulanya -semenjak itu
  • -sementara itu -serentak dengan -ada ketikanya
Kesimpulan
  • -oleh itu -jadi -kesimpulannya
  • -jika kita tidak -jelaslah -dapatlah disimpulkan bahawa
  • -kesudahannya -sesungguhnya -tanpa (penglibatan/ usaha, dsb.)
  • -pendek kata -walaupun -oleh hal yang demikian
  • -ringkasnya -marilah kita -komitmen semua pihak
  • -sebagai rumusan -demikianlah -dapatkah kita membayangkan..
  • -kejayaan...bergantung pada -pada keseluruhannya -sebagai menggulung hujah
  • -keengganan... bakal menyaksikan -(peribahasa)
  • -sebelum saya mengakhiri, saya menegaskan sekali lagi...
Penanda wacana umum
  • -dengan ini -banyak pihak yang berpendapat -amnya
  • -sememangnya -selaras dengan -lazimnya
  • -sejajar dengan sering kali kita -justeru itu
  • -sementelahan pula -secara khususnya -pada kebiasaannya