MySpace Layouts
MySpaceLayouts

Sabtu, 30 April 2011

resepi istimewa : sotong tumis ala nasi kandar

Sotong ala nasi kandar
Ada antara kita sangat gemar makan di kedai nasi kandar. Tapi kalau selalu makan memang 'kopak' duit kita. Hari ini saya nak beri satu resepi yang memang sedap dan menjilat jari. Resepi ini saya olah sendiri setelah beberapa kali mencuba dan akhirnya saya berjaya mendapat rasa masakan yang seakan rasanya ala nasi kandar. Bahan2 didalamnya tidak dimasukkan bahan perasa yang tidak baik untuk kesihatan. Sesiapa sahaja boleh mencubanya.

SOTONG TUMIS ALA NASI KANDAR

5 ekor sotong segar saiz sederhana
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar cili blend / atau serbuk cili / atau cili boh
3 sudu besar tomato puree ( boleh ganti dgn tomato blend )
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
1 sudu kecil atau garam secukup rasa
2 sudu besar rempah kari daging
1 biji bawang besar ( kalau boleh saiz besar ) dipotong bulat utk hiasan
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih diracik halus
1 biji bawang merah diracik halus
kulit kayu manis sedikit shj
bunga lawang sedikit shj
bunga cengkih sedikit shj
air 3/4 cawan

CARA MEMASAKNYA:

1. Gunakan api sederhana kerana tidak mahu sotong terlalu keras.
Tumis bersama daun kari, bawang putih, bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari, cili blend, tomato puree, gula, garam, sos cili bersama
air dan setelah didih masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih.
3. Setelah itu, masukkan sotong dan bawang besar, guna api perlahan biar didih dan
rasanya mesti masam, manis, pedas dan macam lauk nasi kandar.

Selamat mencuba.

P/S : Maaf kerana kualiti gambar kurang memuaskan .